SINGAPURA: Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara percaya masyarakat antarabangsa harus menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan dalam konflik Israel-Hamas yang sedang berlangsung, menurut laporan tinjauan pada Selasa.
Tinjauan bertajuk "The State of Southeast Asia 2024" oleh ASEAN Studies Centre (ASC) di ISEAS - Yusof Ishak Institute yang dijalankan dari 3 Jan hingga 23 Feb dan melibatkan 1,994 penduduk Asia Tenggara mendapati bahawa sentimen itu tersebar luas di seluruh negara ASEAN kecuali Brunei.
Brunei yang menyokong sokongan antarabangsa untuk penentuan nasib sendiri rakyat Palestin, juga mewakili pandangan kedua paling popular di rantau berkenaan iaitu 17.5 peratus.
Penduduk lain di Asia Tenggara percaya masyarakat antarabangsa harus menyokong penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya penyelesaian (16.2 peratus), menggalakkan dialog mengenai penyelesaian yang berpotensi (14.6 peratus) dan menyokong Israel tanpa syarat (5.8 peratus) manakala 4.6 peratus berpandangan bahawa masyarakat antarabangsa tidak boleh campur tangan dalam konflik itu.
Konflik Israel-Hamas muncul sebagai kebimbangan geopolitik utama di rantau itu (46.5 peratus), diikuti oleh tingkah laku agresif di Laut China Selatan (39.9 peratus), konflik Rusia-Ukraine dan operasi penipuan global (kedua-duanya 39.4 peratus) serta lain-lain.
"Walaupun jauh dari segi geografi, konflik ini memberikan kesan yang kuat di seluruh rantau berkenaan yang pelbagai dari segi etnik dan agama," menurut laporan itu.
Sementara itu, kira-kira 30 peratus responden menyatakan kebimbangan bahawa konflik itu akan menggalakkan peningkatan aktiviti pelampau sekali gus memberi kesan kepada keselamatan domestik dan serantau.
Responden lain percaya konflik itu berkemungkinan mengurangkan kepercayaan kepada undang-undang antarabangsa dan perintah berasaskan peraturan (27.5 peratus), menghakis perpaduan sosial domestik disebabkan oleh perpecahan agama (17.5 peratus), perpecahan ASEAN yang lebih besar (15.4 peratus) manakala hampir 10 peratus berpendapat ia tidak memberi kesan kepada rantau ini.
Laporan itu juga menunjukkan bahawa 43.1 peratus responden mempunyai pendapat neutral terhadap pendirian kerajaan mereka mengenai konflik itu, diikuti dengan setuju (26.4 peratus), sangat setuju (16.5 peratus), tidak setuju (9.2 peratus) dan sangat tidak setuju (4.9 peratus).
Majoriti responden Malaysia menyetujui pendirian kerajaan mengenai isu tersebut dengan gabungan 48.6 peratus yang memilih 'setuju' dan 'sangat setuju.'
Sementara itu, 41.8 peratus penduduk Asia Tenggara melahirkan kebimbangan bahawa serangan Israel ke atas Gaza telah melampaui batas, dengan Brunei (79.2 peratus), Indonesia (77.7 peratus) dan Malaysia (64.4 peratus) amat mengambil berat di peringkat negara.
Dekan Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, Prof Danny Quah berkata masa depan konflik Israel-Hamas akan memberi kesan mendalam terhadap persepsi penduduk Asia Tenggara terhadap tatanan dunia.
"Terdapat lebih suku bilion umat Islam di Asia Tenggara dan hampir kesemua mereka sangat terkesan dengan apa yang mereka lihat di Gaza dan penderitaan rakyat Palestin yang tidak bersalah.
"Ini akan memberi kesan jangka panjang yang besar terhadap pandangan orang biasa mengenai kedaulatan undang-undang antarabangsa, pemeliharaan ketenteraman berasaskan peraturan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara percaya masyarakat antarabangsa harus menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan dalam konflik Israel-Hamas yang sedang berlangsung. - Foto fail/AP
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit pulih daripada situasi terlebih jual untuk ditutup tinggi pada Selasa susulan sentimen yang positif berbanding dolar AS.
Ringgit terus susut susulan lonjakan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS
Pada 6 petang, unit tempatan itu merosot 0.49 peratus kepada 4.7900/7975 berbanding dolar AS daripada 4.7655/7700, Jumaat lepas.